Sistem Info Psikologi SUKSEL merupakan sebuah medium bagi menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam di Negeri Selangor.
Ujian Psikologi merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan memahami aspek psikologi individu. Ujian psikologi juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang diri individu. Walau bagaimanapun, pengguna adalah disaran untuk mendapatkan penerangan lanjut berhubung keputusan ujian psikologi yang diperolehi.
Alat penilaian psikologi yang digunakan untuk mengukur tahap stres seseorang berdasarkan ciri-ciri personaliti mereka. Ia biasanya digunakan dalam konteks psikologi kaunseling, kesihatan mental, atau saringan psikologi di tempat kerja, institusi pendidikan, atau klinik.
Merupakan ujian yang mengukur 5 jenis dimensi personaliti iaitu Ekstraversi (Extraversion), Kesetujuan (Agreeableness), Kehematan (Conscientiousness), Neurotisisme (Neuroticism) dan Keterbukaan (Openness).
Ujian UNIK adalah alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai, sama ada secara mutlak atau perbandingan. Pengukuran ini merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, pengukuran kebolehan, personaliti, minat, kecerdasan, pencapaian, dan prestasi serta aspek lain yang berkaitan.
DASS, atau Depression Anxiety Stress Scales, adalah alat saringan psikometrik yang digunakan untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan, dan tekanan pada individu. Ia adalah soal selidik yang direka untuk mengenal pasti gejala-gejala ini dan boleh digunakan sebagai langkah awal untuk menilai kesihatan mental seseorang
Seksyen ini bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan yang meliputi Ujian Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Secara umumnya, perkhidmatan dan aktiviti ini menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi di tempat kerja.
Pegawai Psikologi
Psikologi Klinikal, Kesihatan Mental
Sila tetapkan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling/konsultasi bersama kaunselor anda